Memandangkan
arahan dan prosedur waranti adalah berbeza bagi setiap jenama, sila rujuk
kepada laman web jenama atau syarikat jam tangan masing-masing untuk maklumat
terperinci. Harap maklum bahawa pendaftaran waranti online mungkin diperlukan
bagi sesetengah jenama seperti yang dinyatakan di deskripsi produk. Waranti
umum bagi jam tangan adalah seperti berikut:
1.
Bagi servis waranti di setiap Pusat Servis Jenama individu, sila kemukakan
sijil waranti lengkap atau resit pembelian asli (Invois ZALORA). Sekiranya
waranti tersebut melindungi masalah jam tangan anda, barangan tersebut akan
dibaiki atau diganti mengikut budi bicara Pusat Servis tersebut. Pembaikpulihan
adalah percuma sekiranya barangan tersebut terbukti rosak dari segi bahan dan
mutu kerja di bawah punggunaan biasa.
2.
Waranti hanya merangkumi pergerakan, tangan, dial atau kerosakan semasa buatan.
Waranti ini adalah tidak sah jika jam tangan tersebut rosak disebabkan
kemalangan, penegendalian salah atau kasar, kecuaian, haus dan lusuh biasa,
kerosakan disebabkan elemen air melainkan ia ditanda sebagai kalis air atau
faktor-faktor lain yang tidak disebabkan oleh kerosakan dalam bahan atau mutu
kerja.
3.
Waranti tidak melindungi kanta, kes, tali, dan gelang yang rosak atau haus.
4.
Waranti tidak melindungi pembaikpulihan atau pengubahsuaian yang tidak sah.
5.
Bateri dalam sebuah jam tangan quartz dimasukkan ke dalam jam tangan secara
asal dan mungkin tidak boleh bertahan sehingga tempoh jaminan dan oleh itu,
tidak akan dilindungi oleh waranti.
6.
Sebarang bentuk jaminan daripada jenama adalah tanggungjawab mereka. Anda boleh
menghubungi jenama tersebut secara terus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan