11STREET
BERI JAMINAN PRODUK BERKAITAN CANDY B+ COMPLEX DIKELUARKAN DARI PLATFORM
PERNIAGAANNYA
KUALA
LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Laman sesawang e-dagang, 11street, sedang bekerja
keras bagi memastikan produk yang berkaitan dengan Candy B+ Complex dikeluarkan
sepenuhnya daripada platform perniagaannya.
“Ketika
ini ada berita yang disebar yang mendakwa Candy B+ Complex, suplemen perangsang
seksual yang tidak berdaftar, mengandungi tadalafil, ditawarkan untuk jualan
menerusi platform 11street. Kami sedang bekerja keras bagi memastikan jenis
produk yang serupa tidak ditawarkan menerusi platform kami,” menurut 11street
dalam kenyataan di sini hari ini.
Kementerian
Kesihatan dalam kenyataan Rabu berkata Candy B+ Complex, sebuah afrodisiak,
telah dirampas berikutan laporan daripada orang ramai bahawa ia dijual di laman
e-dagang, http://www.11street.my.
Analisis
oleh pihak kementerian mengesahkan bahawa produk itu mengandungi unsur-unsur
racun - tadalafil.
“11street
memandang serius perkara ini, terutama apabila ia berkaitan dengan kesihatan
orang ramai di Malaysia. Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami
mengenai kualiti produk yang yang ditawarkan oleh 11street, dan kepuasan
pelanggan terus menjadi keutamaan kami,” tambahnya.
--
BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan