Memaparkan catatan dengan label KEPENTINGAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEPENTINGAN. Papar semua catatan

KEPENTINGAN KUALITI TERHADAP IMEJ SYARIKAT


Kualiti penting bukan sekadar untuk mencapai kepuasan pelanggan tetapi salah satu alat untuk memastikan syarikat terus berfungsi.Mengapa kualiti perlu sentiasa dipelihara?

Ianya bagi memastikan produk kita masih menjadi pilihan pelanggan yang setia dan bakal pelanggan,menjarakkan kita daripada pesaing yang mengekori dengan rapat,meningkatkan produktiviti,mengurangkan kos dan paling penting memastikan syarikat kita terus hidup.
Ingat tujuan pertama kewujudan syarikat mengikut Deming adalah untuk memastikan syarikat terus wujud dan hidup (survive) dan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dengan mencipta ruang dan peluang pekerjaan kepada masyarakat.

Jadi berdasarkan kenyataan di atas kualiti adalah imej sesebuah syarikat terhadap tanggungjawab dan peranannya terhadap syarikat dan masyarakat. Sebenarnya hampir kesemua syarikat tahu kualiti adalah istilah dalaman syarikat sebaliknya keluar sahaja produk daripada syarikat ianya telah menjadi Imej yang perlu dijaga.Imej produk dan syarikat yang baik akan memastikan kesetiaan pelanggan terhadap kita berkekalan dan sentiasa meningkat. Sebenarnya saya sendiri pernah ditegur oleh bekas majikan saya,

Kenapa kamu berusaha bermati-matian menjaga (dalam kes saya memeriksa dan menguji produk) produk kita sedangkan imej kita melalui produk tersebut telah tercemar?Pelanggan tidak akan nampak usaha kita yang bersungguh-sungguh demi memenuhi kehendak mereka jika kita tidak memberitahu mereka. Saranan beliau saya harus keluar bertemu pelanggan dengan segala usaha penambahbaikan dan perancangan peningkatan kualiti bagi memulihkan IMEJ kita dan mendapatkan keyakinan mereka kembali.Memang betul,pelanggan kembali kepada kita dengan beberapa cadangan penambahbaikan produk dan perkhidmatan disamping tip-tip kelebihan pesaing.

Didalam industri kita tidak bersaing atas kelemahan pesaing sebaliknya atas kelebihan produk masing-masing. Sebagai pengguna kita akan membeli produk yang kita rasa lebih baik (disamping imej JENAMA) dan mempunyai kelebihan - kelebihan tertentu.

Sebagai kesimpulannya marilah kita menjaga imej produk dan syarikat kita dengan sentiasa me war-warkan kebaikkan dan kelebihan kita dan bukannya bercakap mengenai kelemahan kita.Kelemahan kita perlu diatasi dengan bersungguh-sungguh ketika ianya berada di dalam syarikat kita. Kualiti itu ibarat CERMIN yang menunjukkan imej kita.

5 BAHAGIAN PALING PENTING DALAM BISNES YANG USAHAWAN PERLU TAHU


Seorang usahawan mesti mempunyai satu perancangan perniagaan yang baik. Perancangan perniagaan merupakan salah satu alat pengurusan untuk mencapai objektif perniagaan dan ada beberapa perkara paling penting untuk anda tahu.

Berikut merupakan 5 bahagaian paling penting dalam bisnes yang usahawan perlu tahu :

#1- Angan-Angankan Bagaimana Ia Akan Mencapai Kejayaan (Matlamat)

Orang putih popularkannya dengan perkataan ‘think big’. Bila kita mahu angan-angan dalam bisnes, kita perlu letakkan sejarah lama, kemahiran atau sumber yang belum kita ada di ‘belakang’ dahulu.

Masa saya tinggal hanya satu kedai (3 kedai yang lain ditutup), angan-angan saya pada masa itu, mahu bina semula 3 kedai di masa akan datang. Dari angan-angan menjadi impian. Dari impian menjadi matlamat. Matlamat adalah sesuatu yang yang akan dicapai. Tugas usahawan adalah berusaha memendekkan masa intuk mencapainya.

#2- Pelan-pelan Dikenalpasti

Biasanya akan ada dua pelan, pertama, jangka masa pendek yang lebih kepada membina fizikal bisnes, dan aktiviti yang pantas untuk peroleh pendapatan untuk syarikat. Kedua, pelan jangka masa panjang. Fokus kepada membina kemahiran seperti Leadership, seni menjual, seni membina organisasi dan menghasilkan ‘unfair advantage’ sendiri.

#3- Sumber Dicari

Apabila sudah ada pelan, mesti sumber-sumber asasnya perlu dicari. Sumber ini bukan kepada kewangan sahaja, tetapi melibatkan perkara yang lebih luas. Contohnya, modal sosial, pakatan bisnes, calon-calon pekerja untuk jawatan tertentu, sehinggalah kepada mentor yang dapat membantu kita menyusun strategi bisnes.

#4- Tindakan Dibuat

Buat sahaja. Jika suatu bisnes itu perlukan beberapa perkara asas, dan kita telah ada, tidak perlu menunggu lama. Ingat, kita perlu membaca gaya membeli bakal pelanggan. Apa yang mereka suka untuk membeli, dan apa yang membuatkan mereka memilih bisnes kita. Ia hanya boleh dibaca, dari ‘lapangan’.

#5- Sentiasa Perbaiki Perancangan & Sumber Bisnes

Saya masih ingat lagi pada tahun 2010, saya menyusun fasa selama 4 tahun untuk bangkit semula dalam bisnes. Ada tiga fasa besar (ia adalah plan), dan puluhan fasa kecil dibawahnya yang perlu dicapai. Termasuklah sumber yang perlu ada.

Boleh dikata setiap hari, saya bertanyakan soalan ini, “Adakah cara yang lebih baik untuk selesaikan fasa-fasa ini?” Bila selalu bertanya, ia mengarah cara berfikir kita lebih kreatif dalam memperbaiki plan bisnes. Plan, perlu ada ‘dateline’. Jika tidak, ia bukanlah suatu plan.

Setiap orang boleh mencipta kejayaan bisnesnya sendiri. Berjaya dalam bisnes bukan bermakna berapa singkat kita boleh hasilkan keuntungan. Tetapi berapa lama kita terus mempercayai akan hasil akhir (besar) yang akan kita perolehi.

Usahawan tidak akan pernah mengalah!


Sumber: https://www.majalahniaga.com/5-bahagian-paling-penting-dalam-bisnes-yang-usahawan-perlu-tahu.html

KEBAIKAN SKIM PENSIJILAN MESTI


Antara manfaat yang diperolehi apabila menyertai program MeSTI adalah:

1) Memenuhi kriteria perundangan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009

2) Memudahkan proses permohonan Sijil Penjualan Bebas iaitu dalam tempoh satu (1) Hari TANPA dokumen tambahan.

3) Bimbingan pelabelan PERCUMA oleh KKM kepada EKS

4) Membantu pihak EKS menyertai Program Pembangunan di bawah naungan SME Corp dan akses kepada bantuan kewangan.

5) Memudahkan pemasaran produk di pasaraya besar, KR1M, COOP1M dan sebagainya.

6) Mendapat manfaat dari segi promosi.

7) Pelekat logo MeSTI percuma akan diberikan kepada enterpris yang berjaya mendapat sijil pengiktirafan buat kali pertama.

8) Meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pengguna dengan adanya pelekat logo MeSTI pada produk makanan tersebut.

Tempoh sah laku Pensijilan MeSTI adalah selama tiga (3) tahun dan pengusaha yang mendapat kelulusan Pensijilan MeSTI hendaklah mematuhi kepada garis panduan yang telah ditetapkan dan hendaklah membuat pembaharuan selewat-lewatnya tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh dari tarikh yang tertera di Sijil yang diberikan.

KEPENTINGAN 'WARRANTY'


SEBAB SYARIKAT TIDAK MENGELUARKAN ‘WARRANTY’ YANG SAH

Keengganan penjual untuk memberi warranti mungkin berpunca daripada beberapa sebab iaitu : 
  1. Barangan atau keluaran kurang atau lansung tidak bermutu. 
  2. Keluaran tersebut adalah barangan curi.
  3. Barangan tersebut adalah tiruan.
  4. Barangan tersebut diseludup masuk dari negara-negara jiran.
  5. Barangan tersebut telah diperbaiki semula dan dijual sebagai barang baru.

          Masalah mengenai warranti sering berlaku kerana pengguna gagal membaca dengan teliti dan memahami dengan jelas syarat-syarat warranti yang diberikan oleh peniaga atau pengeluar seperti pengguna tidak mengirim semula warranti kad tersebut. Oleh itu setiap pengguna perlu berhati-hati dan peka dengan setiap pembelian barangan dan produk bagi memastikan mereka tidak mudah ditipu atau tertipu.

KEPENTINGAN WARRANTY
  1. Memudahkan pengguna membuat urusan apabila berlaku kerosakan barangan.
  2. Supaya barangan yang dibeli oleh pengguna mempunyai keluaran yang sah.
  3. Mengelakan pengguna dari ditipu oleh syarikat yang hanya mengaut keuntungan sahaja.
  4. Supaya keselamatan pengguna terjamin.
  5. Barangan yang dikeluarkan mempunyai jaminan.
  6. Benggagalkan pihak pengeluar atau syarikat yang cuba mengeluarkan barangan yang tidak berkualiti.