SEBAB
SYARIKAT TIDAK MENGELUARKAN ‘WARRANTY’ YANG SAH
Keengganan
penjual untuk memberi warranti mungkin berpunca daripada beberapa sebab iaitu :
- Barangan atau keluaran kurang atau lansung tidak bermutu.
- Keluaran tersebut adalah barangan curi.
- Barangan tersebut adalah tiruan.
- Barangan tersebut diseludup masuk dari negara-negara jiran.
- Barangan tersebut telah diperbaiki semula dan dijual sebagai barang baru.
Masalah
mengenai warranti sering berlaku kerana pengguna gagal membaca dengan teliti
dan memahami dengan jelas syarat-syarat warranti yang diberikan oleh peniaga
atau pengeluar seperti pengguna tidak mengirim semula warranti kad tersebut. Oleh
itu setiap pengguna perlu berhati-hati dan peka dengan setiap pembelian barangan
dan produk bagi memastikan mereka tidak mudah ditipu atau tertipu.
KEPENTINGAN
WARRANTY
- Memudahkan pengguna membuat urusan apabila berlaku kerosakan barangan.
- Supaya barangan yang dibeli oleh pengguna mempunyai keluaran yang sah.
- Mengelakan pengguna dari ditipu oleh syarikat yang hanya mengaut keuntungan sahaja.
- Supaya keselamatan pengguna terjamin.
- Barangan yang dikeluarkan mempunyai jaminan.
- Benggagalkan pihak pengeluar atau syarikat yang cuba mengeluarkan barangan yang tidak berkualiti.
mantap
BalasPadam