Ada
yang pernah dengar akan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia ni tak? Atau kenal
mana-mana saudara atau kenalan yang terlibat dalam industri pertanian?
myGAP
adalah salah satu pensijilan yang direka oleh jabatan pertanian untuk memberi
pengiktirafan kepada ladang-ladang yang melaksanakan amalan pertanian yang baik
(Good Agricultural Practice) di mana konsepnya adalah mesra alam, menjaga
kebajikan dan keselamatan pekerja supaya mereka boleh menghasilkan produk yang
berkualiti, selamat dan boleh dimakan.
Amalan
Pertanian yang Baik mengintegrasikan sistem pertanian di mana tujuannya adalah
untuk menguruskan semua sumber pengeluaran tanaman dengan selamat. Dengan
menggunakan sistem ini, diharapkan produktiviti ladang akan meningkat dan
proses pengeluaran selamat. Pada masa yang sama, ia perlu menyediakan makanan
yang berkualiti dan masih mengambil kira kebajikan, keselamatan dan kesihatan
pekerja serta perlindungan alam sekitar. Oleh itu, GAP diguna pakai sebagai
amalan oleh pengeluar dalam menjalankan aktiviti perladangan mereka.
Kalau
ikut kepada definisi yang diberikan oleh Jabatan Pertanian pula,
Amalan
Pertanian Baik adalah satu sistem pengurusan sumber di dalam pengeluaran
pertanian secara baik dan lestari. Sistem ini dapat meningkatkan produktiviti
ladang serta menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti dengan
mengambilkira kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja serta memelihara
alam sekitar.
Malaysian
Good Agricultural Practice (myGAP) adalah satu skim pensijilan yang dirangka
oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2002 untuk memberi pengiktirafan kepada
ladang-ladang yang mengamalkan APB berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga
kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti,
selamat dan sesuai dimakan. myGAP merupakan penjenamaan semula bagi
menggantikan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM). Skim ini dibangun
berpandukan Malaysian Standard MS 1784:2005 Crop Commodities – Good
Agricultural Practice (GAP)
Bagaimana
Nak Dapat Sijil myGAP?
Pertama,
anda mesti menghantar permohonan syarikat anda yang boleh diperolehi daripada
laman web rasmi Jabatan Pertanian. Kemudian, anda akan diaudit oleh mereka yang
bertanggungjawab, dan seterusnya mereka akan menilai amalan pertanian anda
untuk memastikan bahawa ia adalah bersandarkan kepada syarat-syarat yang
dinyatakan dalam garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan.
Apabila
ladang anda telah lulus penilaian, anda akan menerima sijil pengiktirafan
rasmi. Ini akan membolehkan anda sebagai pengeluar untuk membuat perjanjian
yang menandakan kualiti dan menjadikan produk anda selamat untuk dijual di
pasaran Malaysia atau antarabangsa.
Sebelum
membuat permohonan untuk memohon pensijilan SALM pastikan ladang itu adalah
entiti undang-undang dan bahawa semua pekerja adalah sah di usia 16 tahun ke
atas. Ladang ini juga memerlukan kawasan penyimpanan yang sesuai untuk racun
perosak dan baja serta pelan pelupusan sisa yang sesuai dan pekerja mempunyai
pakaian pelindung yang sesuai ketika mengendalikan racun perosak. Di samping
itu, racun perosak yang digunakan mesti didaftarkan oleh Lembaga Racun Perosak
dan bahawa residunya adalah kurang daripada Had Residu Maksimum (MRL) Jadual 16
Akta Makanan 1983.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan