KUALA
LUMPUR, 2 Jun 2014: Bagi merangsang pertumbuhan perniagaan untuk peniaga yang
baru memulakan operasi, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC)
telah mengambil inisiatif untuk menjadi tunggak utama bagi institusi kewangan
di negara ini dalam menyediakan pembiayaan kepada segmen perniagaan baru yang
umumnya dilihat sebagai berisiko tinggi melalui skim baharu BizMula-i.
Sebagai
permulaan, BizMula-i memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara
kerana ia akan menjadi dorongan kepada pembangunan perniagaan baru yang tidak
mempunyai rekod atau kolateral.
Prinsip
asas skim ini adalah untuk menggalakkan dan memupuk perniagaan secara tunas,
yang dilengkapi dengan pelan perniagaan yang berdaya maju, pasaran yang kukuh
serta wawasan perniagaan dan pemanduan keusahawanan yang tinggi untuk berjaya.
Presiden
dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC Datuk Wan Azhar Wan Ahmad berkata skim yang
berlandaskan Syariah ini adalah unik kerana perniagaan akan dibiayai secara
langsung oleh CGC, dengan pembiayaan dari RM50,000 hingga RM300,000 dengan
tempoh bayaran balik sehingga tujuh tahun.
Beliau
juga menegaskan adalah penting untuk perniagaan baru mempunyai kemudahan akses
kepada kemudahan pembiayaan dengan mudah selain bergantung semata-mata kepada
dana mereka sendiri ini kerana ianya tidak mencukupi untuk golongan ini
mengekalkan dan mengukuhkan perniagaan mereka.
“Kebiasaannya
ia menjadi satu cabaran untuk perniagaan baru yang tiada rekod prestasi
kewangan atau cagaran untuk mendapatkan pembiayaan bagi perniagaan mereka. Oleh
itu, BizMula-i telah direka khas untuk menangani jurang yang wujud dalam
pembiayaan segmen ini yang dilihat sebagai berisiko tinggi kepada peminjam.
“Portfolio
awal yang dicadangkan merangkumi fasa pertama sebanyak RM30 juta daripada CGC
yang berpotensi untuk memanfaatkan sehingga 600 perniagaan baharu,” jelas
beliau semasa melancarkan BizMula-i hari ini.
Beliau
berkata BizMula-i adalah skim yang pertama dalam siri inisiatif CGC yang bertujuan
untuk memastikan operasi perniagaan baru berjaya dan terdapat banyak lagi
program-program yang telah dirangka sejak beberapa tahun lalu dan CGC telah
memainkan peranan penting dalam menyediakan pelbagai jenis pilihan pembiayaan
untuk PKS.
“Penting
bagi perniagaan baru untuk kekal berdaya saing dengan memberi tumpuan kepada
pertumbuhan perniagaan semenjak dari awal lagi. Oleh itu, BizMula-i akan
disediakan dengan harga yang munasabah untuk membantu dalam pengurusan aliran
tunai PKS dalam tempoh pertumbuhan yang penting ini.
“Pada
akhir tempoh tujuh tahun pembiayaan, beberapa perniagaan ini mungkin masih
kekurangan cagaran. Secara strategiknya, kita akan mempertimbangkan untuk
membantu memberikan pembiayaan kepada mereka di bawah skim jaminan CGC yang sedia
ada,” kata beliau sambil menambah bahawa melalui pembiayaan langsung, CGC akan
kekal di barisan hadapan dalam membantu segmen ini yang kurang mendapat
perhatian dan merealisasikan potensi penuh perniagaan baru di negara ini.
Kini
terdapat kira-kira 137,000 perniagaan yang aktif dan syarikat-syarikat yang
beroperasi kurang daripada tiga tahun. Oleh itu CGC menyedari keperluan untuk
membiayai kemudahan yang akan mendatangkan faedah kepada mereka. Kebanyakan
perniagaan ini dikendalikan oleh peniaga yang berumur dari 35 tahun dan keatas,
ianya menyumbang 60% daripada jumlah komposisi perniagaan PKS.
BizMula-i
merupakan skim pembiayaan terus dari CGC kepada mereka berusia 21 hingga 58
tahun, dengan lesen perniagaan yang didaftarkan di Malaysia di bawah pihak
berkuasa tempatan, dan perusahaan yang terletak di bawah definisi PKS seperti
yang ditetapkan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (NCSC). Permohonan
terbuka kepada Syarikat yang dikawal oleh warganegara Malaysia atau dimiliki
rakyat Malaysia dengan sekurang-kurangnya 51% pegangan saham dan berlesen atau
mesti telah beroperasi selama kurang daripada tiga tahun. BizMula-i boleh
didapati secara langsung di semua 16 cawangan CGC di seluruh negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan