Kualiti penting bukan
sekadar untuk mencapai kepuasan pelanggan tetapi salah satu alat untuk
memastikan syarikat terus berfungsi.Mengapa kualiti perlu sentiasa dipelihara?
Ianya bagi memastikan
produk kita masih menjadi pilihan pelanggan yang setia dan bakal
pelanggan,menjarakkan kita daripada pesaing yang mengekori dengan
rapat,meningkatkan produktiviti,mengurangkan kos dan paling penting memastikan
syarikat kita terus hidup.
Ingat tujuan pertama
kewujudan syarikat mengikut Deming adalah untuk memastikan syarikat terus wujud
dan hidup (survive) dan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dengan
mencipta ruang dan peluang pekerjaan kepada masyarakat.
Jadi berdasarkan
kenyataan di atas kualiti adalah imej sesebuah syarikat terhadap tanggungjawab
dan peranannya terhadap syarikat dan masyarakat. Sebenarnya hampir kesemua
syarikat tahu kualiti adalah istilah dalaman syarikat sebaliknya keluar sahaja
produk daripada syarikat ianya telah menjadi Imej yang perlu dijaga.Imej produk
dan syarikat yang baik akan memastikan kesetiaan pelanggan terhadap kita
berkekalan dan sentiasa meningkat. Sebenarnya saya sendiri pernah ditegur oleh
bekas majikan saya,
Kenapa kamu berusaha
bermati-matian menjaga (dalam kes saya memeriksa dan menguji produk) produk
kita sedangkan imej kita melalui produk tersebut telah tercemar?Pelanggan tidak
akan nampak usaha kita yang bersungguh-sungguh demi memenuhi kehendak mereka
jika kita tidak memberitahu mereka. Saranan beliau saya harus keluar bertemu
pelanggan dengan segala usaha penambahbaikan dan perancangan peningkatan
kualiti bagi memulihkan IMEJ kita dan mendapatkan keyakinan mereka
kembali.Memang betul,pelanggan kembali kepada kita dengan beberapa cadangan
penambahbaikan produk dan perkhidmatan disamping tip-tip kelebihan pesaing.
Didalam industri kita
tidak bersaing atas kelemahan pesaing sebaliknya atas kelebihan produk
masing-masing. Sebagai pengguna kita akan membeli produk yang kita rasa lebih
baik (disamping imej JENAMA) dan mempunyai kelebihan - kelebihan tertentu.
Sebagai kesimpulannya
marilah kita menjaga imej produk dan syarikat kita dengan sentiasa me
war-warkan kebaikkan dan kelebihan kita dan bukannya bercakap mengenai
kelemahan kita.Kelemahan kita perlu diatasi dengan bersungguh-sungguh ketika
ianya berada di dalam syarikat kita. Kualiti itu ibarat CERMIN yang menunjukkan
imej kita.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan