Seorang usahawan mesti
mempunyai satu perancangan perniagaan yang baik. Perancangan perniagaan
merupakan salah satu alat pengurusan untuk mencapai objektif perniagaan dan ada
beberapa perkara paling penting untuk anda tahu.
Berikut merupakan 5
bahagaian paling penting dalam bisnes yang usahawan perlu tahu :
#1- Angan-Angankan
Bagaimana Ia Akan Mencapai Kejayaan (Matlamat)
Orang putih
popularkannya dengan perkataan ‘think big’. Bila kita mahu angan-angan dalam
bisnes, kita perlu letakkan sejarah lama, kemahiran atau sumber yang belum kita
ada di ‘belakang’ dahulu.
Masa saya tinggal hanya
satu kedai (3 kedai yang lain ditutup), angan-angan saya pada masa itu, mahu
bina semula 3 kedai di masa akan datang. Dari angan-angan menjadi impian. Dari
impian menjadi matlamat. Matlamat adalah sesuatu yang yang akan dicapai. Tugas
usahawan adalah berusaha memendekkan masa intuk mencapainya.
#2- Pelan-pelan
Dikenalpasti
Biasanya akan ada dua
pelan, pertama, jangka masa pendek yang lebih kepada membina fizikal bisnes,
dan aktiviti yang pantas untuk peroleh pendapatan untuk syarikat. Kedua, pelan
jangka masa panjang. Fokus kepada membina kemahiran seperti Leadership, seni
menjual, seni membina organisasi dan menghasilkan ‘unfair advantage’ sendiri.
#3- Sumber Dicari
Apabila sudah ada
pelan, mesti sumber-sumber asasnya perlu dicari. Sumber ini bukan kepada
kewangan sahaja, tetapi melibatkan perkara yang lebih luas. Contohnya, modal
sosial, pakatan bisnes, calon-calon pekerja untuk jawatan tertentu, sehinggalah
kepada mentor yang dapat membantu kita menyusun strategi bisnes.
#4- Tindakan Dibuat
Buat sahaja. Jika suatu
bisnes itu perlukan beberapa perkara asas, dan kita telah ada, tidak perlu
menunggu lama. Ingat, kita perlu membaca gaya membeli bakal pelanggan. Apa yang
mereka suka untuk membeli, dan apa yang membuatkan mereka memilih bisnes kita.
Ia hanya boleh dibaca, dari ‘lapangan’.
#5- Sentiasa Perbaiki
Perancangan & Sumber Bisnes
Saya masih ingat lagi
pada tahun 2010, saya menyusun fasa selama 4 tahun untuk bangkit semula dalam
bisnes. Ada tiga fasa besar (ia adalah plan), dan puluhan fasa kecil dibawahnya
yang perlu dicapai. Termasuklah sumber yang perlu ada.
Boleh dikata setiap
hari, saya bertanyakan soalan ini, “Adakah cara yang lebih baik untuk
selesaikan fasa-fasa ini?” Bila selalu bertanya, ia mengarah cara berfikir kita
lebih kreatif dalam memperbaiki plan bisnes. Plan, perlu ada ‘dateline’. Jika
tidak, ia bukanlah suatu plan.
Setiap orang boleh
mencipta kejayaan bisnesnya sendiri. Berjaya dalam bisnes bukan bermakna berapa
singkat kita boleh hasilkan keuntungan. Tetapi berapa lama kita terus
mempercayai akan hasil akhir (besar) yang akan kita perolehi.
Usahawan tidak akan
pernah mengalah!
Sumber: https://www.majalahniaga.com/5-bahagian-paling-penting-dalam-bisnes-yang-usahawan-perlu-tahu.html

Tiada ulasan:
Catat Ulasan