JAMINAN PRODUK: FORD


Semua kenderaan Ford baharu didatangkan dengan waranti pengeluar standard 3 tahun atau 100,000 km (yang mana terdahulu).

Waranti hanya sah dengan syarat kenderaan diservis mengikut garis panduan yang dinyatakan di dalam manual pemilik di Pusat Servis Ford bertauliah.



Waranti Ford juga melindungi bateri untuk 1 tahun pertama /20,000km yang mana terdahulu.
Waranti Ford tidak termasuk:
  1. Item yang haus dan lusuh (cth. pelapik brek, klac dan pengelap cermin)
  2. Penyalahgunaan / Kecuaian
  3. Kerosakan sampingan atau lanjutan
  4. Bencana Alam (gempa bumi, banjir), kebakaran dan lain-lain bencana
  5. Pengubahsuaian kenderaan atau mana-mana komponen atau peralatan
  6. Tayar. (Tayar dilindungi di bawah waranti syarikat pembuat tayar masing-masing)

Butir terperinci untuk Waranti Ford boleh diperolehi di Manual Pemilik atau anda boleh merujuk kepada pengedar bertauliah anda sekiranya ingin mendapatkan penjelasan lanjut.



JAMINAN PERKHIDMATAN: TAKAFUL MALAYSIA


JAMINAN KESETIAAN

Dalam transaksi perniagaan biasa, anda sebagai majikan perlu mengamanahkan wang, sekuriti, barang-barang dan lain-lain atau mewakilkan tangungjawab kewangan kepada pekerja. Sekiranya pekerja itu melarikan wang syarikat, anda tentu mengalami kerugian kewangan. Skim ini adalah yang paling sesuai untuk melindungi anda dari kemungkinan kerugian kewangan. ​


TAKAFUL MALAYSIA

FIDELITY GUARANTEE SCHEME - TAKAFUL MALAYSIA

JAMINAN PRODUK: BIOFACT LIFE SDN. BHD


JAMINAN KUALITI
Falsafah perniagaan kami adalah untuk terus mengejar kecemerlangan dalam kualiti produk. Kami percaya bahawa sistem pengurusan kualiti menyeluruh dan saintifik adalah kunci untuk mencapai matlamat yang dinyatakan di atas. Kami telah menubuhkan makmal kawalan kualiti untuk memastikan bahawa setiap produk yang meninggalkan premis kilang sentiasa berkualiti tinggi. Semua bahan mentah dihantar ke makmal terlebih dahulu untuk diuji sebelum diproses di bahagian pengeluaran. Syarikat kami komited terhadap kualiti produk kerana percaya bahawa ia adalah kunci kepada kejayaan sesuatu produk di pasaran. Keseluruhan proses pengeluaran memenuhi semua kriteria Amalan Pengilangan Baik (GMP) seperti dalam garis panduan WHO.

PENGELUARAN MEMATUHI GMP
Syarikat sentiasa mematuhi proses dan sistem kualiti yang diperakui GMP antarabangsa dengan menggunakan teknologi dan peralatan canggih, serta memiliki proses yang inovatif dan pernah memenangi anugerah. Di samping itu, syarikat terdiri daripada pasukan teknikal yang profesional untuk membangunkan dan mengeluarkan pelbagai jenis produk berkualiti. Kami menjalankan pemeriksaan kualiti yang ketat pada produk kami untuk memastikan pematuhan kepada piawaian GMP. Kami berusaha bagi memastikan kualiti produk sentiasa terbaik dengan melaburkan modal untuk kemudahan pengeluaran yang lengkap dan canggih. Setiap langkah pembuatan dijaga dengan baik. Sejak penubuhan, kami telah menubuhkan sistem pengurusan kualiti menyeluruh berdasarkan standard GMP. Jabatan kualiti kami termasuk bahagaian QA (Quality Assurance), bahagian QC (Quality Control) dan bahagian IPQC (In Process Quality Control).

Di samping kakitangan QA, syarikat juga mempunyai pasukan pengurusan profesional yang ditugas khas bagi menyelia aktiviti kawalan kualiti. Kami telah menubuhkan mekanisme yang lengkap di kilang untuk memastikan setiap proses adalah terkawal. Tambahan pula, kami mempunyai sistem audit lengkap bagi memastikan semua bahan yang dibekalkan sentiasa memenuhi standard yang telah ditetapkan.

JAMINAN PRODUK: MAX POWER REVOLUTION


Kami di MPR sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti produk dalam memenuhi kehendak pasaran yang kompetitif.

Dalam masa yang sama, mutu perkhidmatan selepas jualan sentiasa diberi perhatian untuk mengekalkan momentum tambah nilai yang telah kami janjikan. Jaminan produk untuk percubaan selama 10 hari adalah salah satu caranya. Namun, terdapat beberapa terma yang perlu kami nyatakan di sini.

TERMA & SYARAT

1. Tempoh percubaan produk ialah 10 HARI SAHAJA  selepas tarikh pembelian dan resit dikeluarkan. Jaminan wang 100% dikembalikan jika tidak berpuashati terhadap produk kami. Jaminan wang 100% dikembalikan kepada pelanggan yang tidak berpuas hati terhadap produk kami. Namun begitu, produk mestilah dikembalikan dalam keadaan seperti berikut:
  • Alat MPR dipulangkan dalam keadaan asal (tanpa patah, rosak, pecah atau sebagainya.
  • Produk dipulangkan dalam keadaan pembungkusan asal (kotak dan plastik tidak terkoyak atau sebagainya)

2. Untuk pelanggan yang ingin memulangkan kembali produk kepada kami, produk perlu dikembalikan dalam tempoh 3 HARI SAHAJA selepas tamat tempoh 10  hari percubaan dari tarikh pembelian. Manakala wang anda akan dikembalikan/di bank in ke dalam akaun anda dalam tempoh 2 HARI selepas produk diterima (tertakluk kepada syarat no.2 di atas.)

3. Waranti produk sah selama 18 bulan selepas tempoh percubaan diberikan selama 10 hari seperti di atas.

4. Skop waranti merangkumi perkara berikut:
  • LED tidak berfungsi dengan baik
  • Faktor kegagalan pemasangan produk

5. Waranti SERTA MERTA akan TERBATAL dengan sendirinya sekiranya:
  • Jika nombor siri yang dilekatkan pada alat MPR terpadam atau hilang.
  • Jika sebarang terma di dalam kad waranti diubah atau diolah.
  • Permintaan/permohonan untuk pembaikan produk dalam tempoh waranti tidak akan dilayan sekiranya pelanggan gagal untuk mengemukakan kad waranti tersebut sebagai rujukan.



JAMINAN PRODUK: POLISI PEMULANGAN TESCO


Polisi Pemulangan

Jika anda tidak berpuas hati dengan barangan yang dibeli, anda bolehlah memulangkan barangan tersebut di mana – mana cawangan Tesco di Malaysia. Barangan tersebut mestilah dipulangkan di dalam bungkusan asal berserta resit asal dalam tempoh 7 hari dari tarikh pembelian untuk *ditukar ganti atau *pengembalian wang.

Walau bagaimanapun, polisi ini tidak terpakai untuk:
  1. Barangan Elektrik (sila rujuk kepada polisi barangan elektrik di kaunter khidmat pelanggan atau kaunter elektrik);
  2. Makanan segar dan beku;
  3. Pakaian dalam;
  4. Kamera;
  5. Telefon mudah alih;
  6. Peralatan mencetak seperti pengimbas, mesin cetak dan faksimili;
  7. Barangan penghabisan stock

*Tertakluk kepada terma & syarat

Barangan Elektrik

Jenama A & B:
Sony, Philips, Panasonic, Samsung, LG, Toshiba, Electrolux, Sharp, Sanyo, Kenwood, Elba, Khind, Pensonic, Haier, Faber, Mistral, Moulinex, Tefal, Cornell, Princess, Hisense

Jenama C & Jenama Tesco:
Global, Isonic, Sonic, Pentec, Hitec, Mastar, GC, Wirata, MAG, Oplus, Takada, Amber, Crystal. Pertukaran barang dan pemulangan wang tidak sah untuk semua jenama A, B dan barang konsainan,

Polisi pemulangan dalam 7 hari TIDAK TERMASUK barangan elektrik
Jika barang elektrik anda mengalami kerosakan dalam 1 tahun dari tarikh belian, sila bawa resit asal dan kad jaminan. Kami akan membantu dengan memberikan maklumat pembekal untuk pembaikan. 

Untuk barangan jenama A & B, pertukaran barang / Pemulangan wang tidak dibenarkan. Untuk pembaikan barangan jenama A & B, sila rujuk Pada pusat khidmat pelanggan jenama berkaitan.

Barangan terpilih boleh ditukar dengan barang yang serupa jika dikembalikan dalam bungkusan asal dengan resit asal (tertakluk pada terma dan syarat).

Pertukaran barang dan pemulangan wang tidak sah untuk unit paparan, kamera, telefon bimbit, komputer peribadi, peralatan percetakan, pengimbas, mesin faks atau produk IT.

Produk terpilih boleh diuji sebelum membuat pembayaran.


JAMINAN PRODUK: BANK-i


Jaminan Bank-i ialah satu jaminan bertulis yang tidak boleh ditarik balik oleh Bank di bawah kontrak Kafalah di mana Bank bersetuju untuk membayar sejumlah wang apabila terdapat tuntutan oleh pihak benefisiari. Dalam hal ini, Bank bertindak sebagai penjamin.

Manfaat menggunakan produk-produk kami:
  1.  Jaminan Bank-i kami diterima secara meluas maka ianya boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan reputasi anda
  2. Menjimatkan modal syarikat anda dari pengeluaran deposit atau pembayaran pendahuluan


KEPENTINGAN 'WARRANTY'


SEBAB SYARIKAT TIDAK MENGELUARKAN ‘WARRANTY’ YANG SAH

Keengganan penjual untuk memberi warranti mungkin berpunca daripada beberapa sebab iaitu : 
  1. Barangan atau keluaran kurang atau lansung tidak bermutu. 
  2. Keluaran tersebut adalah barangan curi.
  3. Barangan tersebut adalah tiruan.
  4. Barangan tersebut diseludup masuk dari negara-negara jiran.
  5. Barangan tersebut telah diperbaiki semula dan dijual sebagai barang baru.

          Masalah mengenai warranti sering berlaku kerana pengguna gagal membaca dengan teliti dan memahami dengan jelas syarat-syarat warranti yang diberikan oleh peniaga atau pengeluar seperti pengguna tidak mengirim semula warranti kad tersebut. Oleh itu setiap pengguna perlu berhati-hati dan peka dengan setiap pembelian barangan dan produk bagi memastikan mereka tidak mudah ditipu atau tertipu.

KEPENTINGAN WARRANTY
  1. Memudahkan pengguna membuat urusan apabila berlaku kerosakan barangan.
  2. Supaya barangan yang dibeli oleh pengguna mempunyai keluaran yang sah.
  3. Mengelakan pengguna dari ditipu oleh syarikat yang hanya mengaut keuntungan sahaja.
  4. Supaya keselamatan pengguna terjamin.
  5. Barangan yang dikeluarkan mempunyai jaminan.
  6. Benggagalkan pihak pengeluar atau syarikat yang cuba mengeluarkan barangan yang tidak berkualiti.


JAMINAN ATAU JAMINAN PENGELUAR


          Ramai di antara kita dan banyak peruncit dan pengeluar sering menggunakan jaminan nama dan jaminan secara bergantian. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan:

1. Jaminan biasanya percuma dan ditawarkan oleh pengilang. Mereka adalah jaminan mengenai kualiti / jangka hayat dengan janji untuk membaiki atau menggantikan jika produk tidak hidup sehingga pengebilan. Selalunya, syarikat memerlukan anda mengisi kad pendaftaran untuk mengesahkan jaminan.

2. Waranti adalah serupa dengan polisi insurans dan selalunya tidak bebas. Waranti boleh bertahan lebih lama daripada jaminan dan mungkin menawarkan perlindungan yang lebih luas. Sekiranya anda mempunyai atau sedang memikirkan untuk mendapatkan jaminan pengeluar atau jaminan daripada peruncit, sentiasa baca tentang apa yang dibahasnya terutamanya jika anda membayar wang untuk itu, kerana ia hanya meliputi sebahagian daripada item tersebut.

          Sebagai jaminan pengeluar atau tuntutan jaminan akan menjadi tuntutan kontrak, anda perlu jelas tentang apa yang akan dan tidak akan diliputi.

BERITA: PRODUK BERKUALITI JAMINAN HALAL


Pengguna masa kini semakin bijak dalam memilih produk yang diinginkan tidak kira membabitkan makanan ataupun aspek penjagaan badan dan muka.

Biarpun hanya memilih produk penjagaan luaran badan, tidak dinafikan lebih ramai yang suka mencari label yang memiliki sijil halal kerana lebih yakin untuk digunakan.

Bagi memenuhi keperluan dan kepercayaan penggunanya, Jenama Milikan Guardian sentiasa menampilkan produk berkualiti, diuji serta dibuktikan secara dermatologi.

Malah, dengan bangganya jenama itu mengumumkan majoriti produk keluarannya kini mendapat pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan selebihnya, masih di pelbagai peringkat proses pengesahan bagi mendapatkan sijil berkenaan.

Menurut Pengarah Jenama Milikan Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Alfonso Roderos, produk Jenama Milikan Guardian dihasilkan menepati setiap piawaian kualiti sejak dulu lagi.

“Pensijilan dari JAKIM untuk rangkaian produk terpilih ini adalah satu peningkatan kepada tahap jaminan untuk pengguna. Produk yang disahkan halal itu diterima baik oleh umat Islam dan bukan Islam kerana mereka mempunyai keyakinan dalam jaminan kualiti.

“Bagi jaringan meluas produk, pensijilan halal ini menambah satu lagi lapisan kepada keyakinan dan kepercayaan pengguna terhadap produk kami.

“Ia membolehkan pengguna Islam mendapat akses kepada lebih banyak jenis produk halal apatah lagi kebanyakannya diuji serta dibuktikan secara dermatologi dan boleh dimiliki pada harga yang berpatutan,” katanya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Penolong Pengurus Perhubungan Awam dan Kerajaan Guardian, Farahani Failul Rahman; Pengurus Jualan dan Pemasaran Guardian, Hema Malani dan Pengurus Produk Kumpulan Kesihatan dan Label Persendirian Guardian, Michelle Yeap.

Pensyarah Akademi Pengajian Kontemporari Islam Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat berkata, pensijilan halal JAKIM dikenali di seluruh dunia mempunyai prosedur yang paling ketat.

“Justeru, produk peribadi ini akan mudah diterima di negara yang mempunyai jumlah populasi umat Islam yang besar. Langkah ini akan membuka pasaran yang lebih besar kepada jenama berkenaan dan memberikan pengguna Islam banyak pilihan.

“Kesanggupan untuk mematuhi syarat halal di setiap peringkat proses perkilangan mereka akan memberikan umat Islam dan bukan Islam jaminan bahawa jenama ini menghormati kepercayaan pengguna.

“Ia amat menyentuh hati melihat peruncit besar seperti Guardian melaksanakan satu tindakan berskala besar untuk mendapatkan pensijilan halal bagi produknya,” katanya.

Kesemua garis panduan itu direka cipta bagi memastikan ketenangan fikiran dan keyakinan pengguna terhadap kebersihan serta kesucian produk berkenaan.

Pensijilan halal itu bertujuan memastikan semua piawaian ketat berkenaan dipatuhi di setiap peringkat pencarian dan pembelian bahan mentah, pembuatan, pengisian pergudangan dan logistik di kilang bagi memastikan kesucian serta kebersihan semua produk yang dihasilkan menepati syariah Islam.

Sehubungan itu, jenama berkenaan kini dalam proses menghasilkan pembungkusan baru yang memaparkan logo halal JAKIM dengan jelas pada semua pek produknya yang menerima sijil halal.

Antara produk yang sudah disahkan halal oleh JAKIM adalah gel mandian, gel mandian bayi, losen bayi, cecair pembersih wanita dan vitamin jenis ‘gummies’ untuk kanak-kanak.