PERBEZAAN 'WARRANTY' DAN 'GUARANTEE'

Waranti (Warranty)

          Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan warranty diterjemah sebagai waranti yang membawa makna jaminan secara bertulis yg diberikan oleh syarikat kepada pembeli untuk membaiki atau menukarkan sesuatu barang yang dibeli jika barang itu rosak atau tidak berfungsi dalam tempoh masa tertentu. Dalam erti kata lain, waranti ini merupakan gerenti yang formal. Selalunya anda perlu mengisi kad atau borang waranti yang telah dicop oleh pengedar.

Contoh mudah: anda membeli barang elektronik dengan 3 tahun waranti. Ini bermakna syarikat pengeluar akan membaiki, menggantikan atau memulangkan wang anda sekiranya barang elektronik tersebut rosak atau tidak berfungsi sepanjang tempoh tiga tahun.

Jika anda selalu bertukar-tukar telefon bimbit, anda mesti selalu dengar terma "Seller Warranty" dengan "Manufacturer Warranty". Yang ini hanyalah beza sama ada produk itu original atau tidak.

Waranti kedai bermakna anda hanya boleh menghantar telefon ke kedai itu sahajasekiranya telefon didapati rosak. Ada kebarangkalian telefon anda ini merupakan produk AP ataupun refurbished. 

Manakala waranti pengilang pula bermakna produk itu adalah produk asli daripada pengeluar dan boleh dihantar ke mana-mana pusat servis jenama berkenaan selagi masih dalam tempoh waranti.

Gerenti (Guarantee)

      Perkataan guarantee pula diterjemah sebagai gerenti yang bermakna kepastian atau jaminan. Gerenti juga merupakan janji pengeluar berkenaan kualiti sesuatu produk, cuma ia melibatkan terma yang lebih menyeluruh dan lebih bermakna di mata pengguna. Walaupun gerenti juga boleh dimasukkan ke dalam sesebuah kontrak waranti, namun ia tidaklah diperincikan dengan lebih jelas seperti waranti. Gerenti sering digunakan sebagai persetujuan bahawa sesuatu produk itu berkesan atau boleh digunakan dengan baik dan menjadi jaminan bahawa ia tahan.

MAKSUD DAN TUJUAN PENGGUNAAN 'WARRANTY'


MAKSUD ‘WARRANTY’

Warranty atau jaminan ia mempunyai  maksud yang sama. Pengeluar atau syarikat berjanji untuk memperbaiki atau mengganti sesuatu keluaran dalam tempoh yang ditetapkan sekiranya ia cacat atau rosak. Jaminan yang dikeluarkan kepada pengguna dalam pembelian barangan. Warranty tidak dipatuhi apabila dibuat secara lisan kerana ia dianggap tidak sah dan sukar untuk dibuktikan. Pengguna perlu mendapatkan warranti secara bertulis supaya tidak mudah ditipu. Pengguna perlu memastikan penjual yang menandatangani jaminan tersebut mempunyai kuasa dan layak berbuat demikian supaya warranty itu sah dan pengguna berhak mendapat sebarang pampasan.

TUJUAN PENGGUNAAN ‘WARRANTY’

1. Supaya pengguna tidak ditipu apabila membeli sesuatu barangan
2. Memudahkan pengguna menukar barangan yang dibeli apabila didapati rosak atau cacat.
3. Supaya barang yang dijual sah.
4. Supaya hak sebagai pengguna tidak diabaikan.
5. Supaya pelanggan memberi kepercayaan dalam barangan yang dikeluarkan.