Pelanggan merupakan
aset bernilai kepada sesebuah perniagaan. Tanpa kehadiran pelanggan, pasti
sesebuah perusahaan itu tidak mampu menjana pendapatan dan memperoleh
keuntungan.
Anda mungkin memiliki
ramai pelanggan. Namun, anda juga mahukan mereka untuk kekal setia dengan
perkhidmatan anda. Bagaimana caranya? Ketahui 5 kaedah berikut.
#1-Ucap Terima Kasih
Ucapan perhargaan
diberikan atas kesudian mereka meluangkan masa memberi peluang kepada kita
untuk memberi perkhidmatan sehingga pembelian dilakukan.
Mereka sebenarnya telah
meluangkan masa untuk mendengar penjelasan yang lebih lanjut mengenai produk
yang ditawarkan. Hargai masa mereka dan jangan hilang fokus dalam melayan
pertanyaan.
Ucap terima kasih
dengan cara menggunakan ayat yang memuliakan. Akhiri dengan doa. Kita doakan
pelanggan dapat kebaikan dengan penggunaan produk kita. Jangan sekadar ucap
macam orang pemalas..
Contoh…. “K, tq ats
byrn.”
Nampak sangat acuh tak
acuh.
#2-Tepati Janji
Contoh : Beritahu 3
hari bekerja produk akan sampai. Tak sampai 2 hari sudah sampai depan rumah.
Beritahu 10 hari pesanan akan disiapkan. Tak sampai 7 hari dah siap, free
delivery lagi!
Beritahu baju dobi siap
petang lusa. Petang esok dah siap. Siap buat panggilan lagi maklumkan kepada
pelanggan. Brainstorm dengan team apa lagi ‘wow’ factor yang boleh
menggembirakan pelanggan dan yang berada di luar jangkaan mereka.
#3-Hubungi Untuk Tanya
Maklumbalas
Selepas beberapa hari,
tanya maklumbalas. Ada apa-apa bantuan yang mereka perlukan lagi atau tidak.
Suka, puas hati atau tidak puas hati dengan produk kita.
Daripada tunggu mereka
buat panggilan untuk beri maklumbalas atau buat aduan, jauh lebih baik kita
yang hubungi mereka dahulu.
#4-Tawarkan Diskaun
Untuk Pembelian Seterusnya
Diskaun mestilah
istimewa. Apa maksud istimewa? Adakah dengan menawar dengan diskaun tinggi?
Tidak. Diskaun tinggi tanpa alasan kukuh boleh menyebabkan pelanggan kecewa.
Mereka akan rasa belian
kali pertama itu mereka bayar dengan harga silap. Mereka rasa dipermainkan.
Boleh tawarkan special discount untuk produk berlainan yang berkait rapat
dengan produk pertama mereka beli. Untuk produk sama, tawar diskaun rendah
sahaja sebagai tanda penghargaan.
#5-Tambah Nilai Dengan
Sediakan Maklumat Berguna
Hantar maklumat berguna
kepada pelanggan. Maklumat itu mesti ada kaitan dengan produk yang dibeli.
Maklumat haruslah ringkas, padat dan actionable. Usah terlalu kerap. Sebulan 1
hingga 2 kali pun sudah cukup.
Contoh : Siapa yang
jual periuk noxxa, boleh hantarkan video masakan resepi terkini menggunakan
periuk tersebut.
Bila pelanggan gembira,
mudah untuk mereka beli produk lain pula dengan kita. Mulut mereka pun laju
menyarankan perniagaan kita kepada rakan-rakan terdekat.
Sumber: https://www.majalahniaga.com/mahu-tambat-hati-pelanggan-ikuti-5-kaedah-ini-untuk-pelanggan-terus-melekat.html

Tiada ulasan:
Catat Ulasan