INTERNATIONAL ORGANISATION FOR STANDARDISATION (ISO)


Apakah itu ISO?
ISO merujuk kepada INTERNATIONAL ORGANISATION FOR STANDARDISATION.  Organisasi  ini  adalah  sebuah  badan bersekutu yang menggabungkan  organisasi  dari seluruh  dunia  yang  bertanggungjawab  mewujudkan standard di negara masing-masing.  Ia  ditubuhkan  pada  27  Februari  1947  dan  beribu  pejabat  di  Geneva  Switzerland. ISO  9000  kini  digunakan dilebih 150 buah negara di dunia. Laman web ISO :http://www.iso.ch/iso/en/ISOOnline.frontpage

Apakah maksud kualiti?
Kualiti adalah keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat sesuatu produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang dinyatakan atau yang tersirat. Antara contoh ciri-ciri kualiti bagi produk adalah mudah diperolehi, tahan lama, bersih, selamat, boleh diuji, boleh dikesan dan mudah diangkut.
Antara contoh ciri-ciri kualiti bagi perkhidmatan adalah ketepatan, keselesaan, kesopanan, kecekapan, keberkesanan, keboleh percayaan, jujur, cepat, responsif dan keselamatan.

Apakah perbezaan antara Kualiti dan ISO?
Kualiti ditafsirkan sebagai keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat sesuatu produk atau perkhidmatan yang hanya boleh dinilai oleh pelanggan. Kualiti boleh dicapai melalui kawalan kualiti (Quality Control) atau kepastian kualiti (Quality Assurance).

Kawalan kualiti  (Quality Control) adalah teknik-teknik dan aktiviti operasi yang digunakan untuk memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan kualiti.

Kepastian kualiti (Quality Assurance) adalah tindakan-tindakan yang terancang dan tersusun yang perlu dilaksanakan bagi memberikan keyakinan yang mencukupi bahawa produk atau perkhidmatan akan memenuhi keperluan kualiti yang dinyatakan.

ISO 9000:2000 memberikan penekanan kepada perancangan, perlaksanaan dan pemantauan serta penilaian terhadap proses yang telah dilaksanakan.

Apakah ciri-ciri MS ISO 9000:2000?
a. Penambahbaikan berterusan.
b. Penekanan yang lebih kepada peranan pengurusan atasan.
c. Mengambilkira keperluan undang-undang dan peraturan.
d. Objektif yang boleh diukur pada setiap peringkat dan fungsi yang berkaitan.
e. Memastikan keberkesanan latihan.
f. Analisa data bagi tujuan pengukuran pencapaian pelaksanaan sistem kualiti.
g. Maklumat kepuasan/ketidakpuasan pencapaian sebagai pengukuran pencapaian objektif kualiti.

Kenapa Pensijilan ISO perlu?
a. Sistem Pengurusan Kualiti ISO memberi penekanan terhadap pencegahan dan bukan mengatasi masalah setelah ia berlaku; 
b. Kajian semula yang berterusan ke atas proses-proses yang kritikal dan membuat tindakan pembetulan;
c. Mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan menepati prinsip betul pertama kali dan setiap kali;
d. Perlaksaan tugas berdasarkan kepada prosedur yang didokumenkan; dan
e. Mementingkan penyimpanan rekod kualiti untuk membuktikan tindakan yang telah dilaksanakan.

Apakah faedah Pensijilan ISO perlu? 
a. Mengurangkan tindakan pembetulan yang diambil selepas berlakunya sesuatu masalah kerana kakitangan dibekalkan dengan prosedur-prosedur dan arahan kerja yang lengkap;
b. Membolehkan organisasi mengenal pasti tugas-tugas yang patut dijalankan serta memperincikan langkah-langkah yang perlu di ambil;
c. Memberi kaedah bagi mendokumenkan secara tersusun amalan pengurusan dan cara bekerja;
d. Membolehkan kakitangan menjalankan tugas mereka dengan betul pada kali pertama dan seterusnya;
e. Membolehkan pihak pengurusan membuat keputusan dengan lebih baik melalui maklumat penting hasil daripada audit dalaman, semakan pengurusan dan kawalan dokumen.

Apakah pekeliling yang berkaitan dengan pelaksanaan MS ISO 9000?
a. Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 2Tahun 1996 iaitu Garis Panduan bagi Melaksanakan MSISO 9000 dalam Perkhidmatan Awam;
b. Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1Tahun 1997 iaitu Panduan Tambahan mengenaiPelaksanaan MS ISO 9000 dan Skim Pensijilan Sistem Kualitioleh Agensi Kerajaan; dan
c. Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 2Tahun 2002 iaitu Garis Panduan bagi Melaksanakan MSISO 9000:2000 dalam Perkhidmatan Awam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan