BERITA: CREDIT GUARANTEE CORPORATION MEMENANGI ANUGERAH ANTARABANGSA BAGI JAMINAN BORONG PKS


Kuala Lumpur, 2 Julai 2015 – Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah dianugerahkan ‘Development Awards 2015’ oleh Persatuan Institusi Pembiayaan Pembangunan di Asia dan Pasifik (ADFIAP) diatas kejayaannya membangunkan produk inovatif iaitu Skim Jaminan Borong Islam (WG-i).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC Mohd Zamree Mohd Ishak menerima Anugerah tersebut pada Malam Anugerah ADFIAP semasa Mesyuarat Tahunan ADFIAP ke-38 yang diadakan di Nha Trang, Vietnam baru-baru ini.

“Skim WG -i yang dilancarkan pada April 2014 merupakan Skim Jaminan Borong Islam PKS yang pertama di negara ini, disediakan untuk memberikan syarikat akses kepada pembiayaan perniagaan tidak bercagar. Skim pembiayaan inovatif ini telah dibangunkan bagi memastikan bank-bank terus mempunyai keupayaan untuk memberi pinjaman kepada PKS dengan kelebihan jaminan CGC.

“Setakat ini, pembiayaan PKS oleh OCBC Al -Amin bernilai RM500 juta yang dijamin CGC telah memanfaatkan lebih daripada 2000 PKS,” kata Zamree.

“CGC telah menerajui pembangunan PKS di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan bagi PKS yang dinamik sejak empat dekad yang lalu. Anugerah ADFIAP bagi skim WG-i merupakan keupayaan dan kepakaran kami dalam membangunkan dan menyampaikan produk pembiayaan yang inovatif yang membawa impak besar kepada pertumbuhan dan jangkauan PKS,” tambah Zamree .

Anugerah bagi skim WG-i adalah yang kedua diterima oleh CGC daripada ADFIAP. Pada tahun 2012, CGC telah menerima Anugerah Pembangunan ADFIAP bagi Skim Jaminan Portfolio (PG) di bawah kategori Pembangunan PKS .

“Sejak pelancaran PG pada tahun 2009, kami telah berjaya melancarkan 45 tranche PG dengan kerjasama 13 bank. Sehingga kini, pembiayaan PKS melalui PG bernilai RM2.5 bilion telah memberi manfaat kepada kira-kira 5,800 PKS,” tambah Zamree.

Jaminan Borong Islam (WG-i) yang melibatkan portfolio PKS tidak bercagar OCBC Al -Amin Bank yang sedia ada menunjukkan nisbah risiko yang terlibat dalam pembiayaan perniagaan dikongsi sama rata antara CGC dan OCBC Al-Amin Bank untuk tempoh jaminan selama lima tahun. Sebelum ini, keseluruhan risiko adalah tanggungjawab pihak Bank

Dalam menyampaikan ucapan tahniah kepada CGC bagi penganugerahan ini, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Al-Amin Syed Abdull Aziz Syed Kechik berkata skim WG-i telah menjana fasa baru dalam usaha membangunkan pembiayaan perniagaan tidak bercagar di Malaysia dan mustahil untuk dicapai tanpa komitmen, kepimpinan dan sifat pandang kehadapan yang ditunjukkan oleh CGC.

“Dalam mencapai persetujuan bagi penkongsian risiko yang sama rata untuk Perniagaan Cash Financing-i yang telah dilancarkan oleh OCBC Al-Amin, CGC telah membolehkan kami untuk terus yakin dalam memberi akses kepada PKS bagi produk ini,” katanya.

WG-i, yang kini bertumpu pada produk pembiayaan tidak bercagar Cash Financing-i (BC-i), telah diperkenalkan pada tahun lepas oleh OCBC Al-Amin Bank Berhad (OCBC Al-Amin). BC-i telah dibangunkan selaras dengan permintaan yang semakin meningkat daripada PKS bagi pembiayaan berjangka yang tidak bercagar untuk memenuhi keperluan pembiayaan perniagaan dalam jangka masa pendek hingga sederhana mereka.

Pada awal tahun ini, CGC dan OCBC Al-Amin telah mengumumkan bahawa mereka akan meningkatkan nilai satu-satunya Jaminan Borong Islam WG-i untuk PKS di negara ini kepada RM1 bilion sebelum akhir tahun ini.

Dua tranche terdahulu yang berjumlah RM500 juta telah menjamin lebih daripada 2000 perniagaan dari industri yang terdiri daripada runcit dan borong kepada pembuatan, dengan unjuran bilangan dijangka akan berganda sebelum akhir tahun ini dengan pengenalan tranche tambahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan