FB POST by HEY SECRETLEAF: NOT KKM BUKAN JAMINAN PRODUK KOSMETIK ITU SELAMAT


Notifikasi KKM pada produk kosmetik selalu dijadikan modal sebilangan pengasas produk kosmetik untuk mengelirukan pengguna.

Bagaimana?

Mereka akan guna Notifikasi (NOT KKM) ni untuk yakinkan pengguna yang produk mereka selamat sebab ada kelulusan KKM.

Betul ke?

Mengikut undang-undang Malaysia, kosmetik mesti dinotifikasi kepada pihak KKM sebelum boleh dipasarkan kepada pengguna.

Notifikasi bermaksud, pihak syarikat wajib isytiharkan kepada pihak KKM dengan kemukakan maklumat-maklumat berkenaan produk kosmetik yang mereka akan pasarkan.

Produk kosmetik itu mesti patuh segala spesifikasi yang ditetapkan barulah ia dibenarkan untuk dinotifikasi dan dipasarkan di Malaysia.

Notifikasi TIDAK BERMAKSUD bahawa KKM mengeluarkan sebarang bentuk KELULUSAN kepada mana-mana produk ya. KKM tidak pernah memberikan sebarang kelulusan.
Aduh!

NOT KKM pada produk kosmetik bukan jaminan produk tu selamat ya! Jadi tak heran lah kalau ada produk sebelum ni yang ada NOT KKM tetiba KKM keluarkan laporan kata produk mereka mengandungi bahan-bahan berbahaya.

Sebab NOT KKM ni sekadar sistem notifikasi dan PMS (Post Market Surveillance) sebagai kawalan regulatori dalam negara.

PMS ni maknanya KKM boleh cek hanya lepas produk tu dipasarkan. Contoh produk X ada hidrokuinon dan merkuri tapi isytiharkan maklumat yang tak betul kepada KKM untuk dapatkankan notifikasi. Maka bolehlah produk X dijual kepada orang ramai. Selepas dipasarkan, baru KKM akan buat PMS untuk kenalpasti samaada berlaku penipuan bahan-bahan terlarang. Time tu lah yang wujud istilah "NOT ditarik balik".

Paling tidak dengan ada sistem ni produk kosmetik yang mengandungi bahan terlarang dapat dikesan.
Buktinya, semakin banyak produk local yang KKM laporkan ada sembunyikan bahan terlarang & merbahaya. Tapi tu yang buat kita keliru sebab kita anggap NOT KKM ni bukti produk dah di analisa & terjamin selamat. Salah tu!

Tujuan Notifikasi KKM pada produk kosmetik ni, kalau produk bagi kesan buruk dekat pengguna at least pihak KKM ada info lengkap pasal syarikat terlibat dan mudah untuk KKM dan pihak mangsa terus ambil tindakan.

Bila produk tu dikesan ada bahan terlarang, notifikasi akan dibatalkan. Syarikat wajib berhenti jual serta merta, dan panggil balik produk daripada pasaran (dalam masa 72 jam) dan lupuskan produk kosmetik terlibat.

TAPI, tetap masih ada pengedar yang degil dan tetap jual jer

KKM lepastu akan keluarkan kenyataan akhbar untuk makluman. Maklumat tu juga akan dipampang di laman web NPRA iaitu npra.moh.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan