SKIM PENSIJILAN MAKANAN
SELAMAT TANGGUNGJAWAB INDUSTRI (MeSTI)
Pengenalan
Pada tahun 2012 Skim Keselamatan
Makanan 1Malaysia atau SK1M telah diberi penjenamaan semula kepada Skim
Pensijilan “Makanan Selamat tanggungjawab Industi (MeSTI)”. Badan yang
bertanggungjawab dalam melaksanakan program tersebut ialah Bahagian Keselamatan
dan Kualiti Makanan atau BKKM. BKKM merupakan sebuah organisasi yang
bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan bagi pasaran domestik dan global
adalah terjamin. Skim ini mampu menjadi satu landasan yang dapat melonjakkan
pembangunan industri makanan kepada satu tahap yang lebih berdaya saing dan
berpotensi untuk menembusi pasaran antarabangsa sekaligus meningkatkan nilai
pendapatan golongan EKS dan menyumbang kepada ekonomi dalam negara. Skim
pensijilan MeSTI merupakan penambahbaikan daripada skim sebelumnya iaitu SK1M
yang bertujuan memudahkan usahawan makanan terutamanya golongan kecil dan
sederhana (EKS) demi memenuhi syarat-syarat yang termaktub dalam
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Skim pensijilan
MeSTI Pihak pengusaha makanan akan dibimbing didalam program pensijilan MeSTI
dalam membangunkan dan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan sebelum
sijil pengiktirafan diberikan. Di dalam Program Jaminan Keselamatan Makanan
ini, pihak pengusaha perlu mengadakan satu sistem amalan terancang dan
didokumentasikan beserta rekod-rekod kawalan. Penekanan atau elemen-elemen
penting yang diberi tumpuan dalam Program Jaminan Keselamatan Makanan yang
berkesan adalah kawalan premis, kawalan operasi dan kebolehkesanan
(traceability).
Pelaksanaan skim
pensijilan MeSTI ini juga melibatkan jalinan kerjasama pintar dengan pelbagai
agensi-agensi kerajaan dan swasta dari aspek akses bantuan kewangan dan
pemasaran. Antara agensi- agensi yang terlibat adalah Small and Medium
Enterprise Cooperation Malaysia (SME Corp. Malaysia), Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan (FAMA), dan pasaraya-pasaraya besar. Tujuan utama kerjasama pintar
ini adalah untuk menarik pihak industri makanan untuk melaksanakan MeSTI
melalui keperluan pemasaran yang ditetapkan oleh pihak pasaraya.Sebagai
tambahan, pengusaha makanan yang mengikuti Program MeSTI ini akan mendapat
penilaian Competitive Rating Evaluation atau SCORE yang digunapakai oleh SME
Corp untuk menklasifikasi rating sesebuah syarikat juga program bimbingan
daripada SME Corp.
Selain daripada itu,
skim pensijilan mesti juga diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan seperti FAMA
dan Pensijilan Halal Malaysia oleh JAKIM dan memudahkan pengusaha makanan
mendapat kelulusan pengiktirafan Halal JAKIM.
Permohonan dan Bayaran
Skim Pensijilan MeSTI
Permohonan Skim
Pensijilan MeSTI hendaklah menggunakan borang khas yang disediakan dan
hendaklah dikemukakan kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) atau Pejabat
Kesihatan Daerah (PKD) yang berhampiran dengan premis. Tiada sebarang bayaran
yang dikenakan kerana permohonan Skim Pensijilan MeSTI diberikan secara
percuma.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan