Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) diwujudkan bagi
membantu pengusaha-pengusaha makanan memahami dan mematuhi Peraturan-Peraturan
Kebersihan Makanan 2009. Ia merupakan garis panduan kepada para pengusaha dalam
menghasilkan makanan yang selamat dan mengekalkan premis yang bersih.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan badan yang
bertanggungjawab dalam menetapkan piawaian kebersihan makanan dan
peraturan-peraturan yang berkaitan. Antara program atau pensijilan yang
dikelolakan dibawah KKM ialah:
1) Pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP)
Elemen yang berkaitan dalam GMP:contoh manual program
jaminan keselamatan makanan
- · Bangunan dan Kemudahan
- · Kawalann Operasi
- · Penyelenggeraan dan Sanitasi
- · Pekerja
- · Pengangkutan dan Pengedaran
- · Pengesanan
- · Audit Dalaman
- · Latihan
2) Pensijilan HACCP
·
Elemen yang berkaitan dengan HACCP
- · Menjalankan analisa bahaya ( hazard analysis)
- · Menentukan titik kawalan kritikal
- · Mewujudkan had kritikal bagi setiap titik kawalan kritikal
- · Mewujudkan sistem pemantauan dan kawalan bagi setiap titik kawalan kritikal
- · Mewujudkan kaedah pembetulan
- · Mewujudkan prosedur pengesahan
- · Mewujudkan rekod dan dokumentasi
3) Program Jaminan Keselamatan Makanan di Kilang-
Berdasarkan kepada peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009
- · Skim Keselamatan 1Malaysia (SK1M)
- · Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)
Prosedur yang perlu disediakan bagi melaksakan PJKM
- · Prosedur Program Pembersihan dan Sanitasi
- · Prosedur Kawalan Perosak
- · Prosedur pembuangan dan pelupusan sisi makanan dan kotoran
- · Prosedur penyimpanan makanan (Bahan makanan mentah, Ramuan dan makanan yang telah diproses)
- · Prosedur program latihan. Ini termasuk menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan sekali seumur hidup bagi pengendali makanan.
- · Prosedur program pemeriksaan kesihatan pengendali makanan. Ini termasuk memberi suntikan typhoid kepada pengendali makanan setiap tiga (3) tahun.
- · Prosedur pengendalian makanan dan perkakasan
- · Prosedur penyediaan makanan.
- · Prosedur pembungkusan makanan
- · Prosedur pengangkutan makanan
- · Prosedur Pengesanan produk
- · Prosedur Verifikasi Produk SIap
- · Prosedur penarikanbalik produk